Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum wbt

Hai semua kita bertemu lagi. fuhhh! dah lama kita tak bersua. maklumlah, banyak tugasan yang perlu disiapkan. pejam celik dah tak sedar kita berada dipenghujung pembelajaran. agak sedih tidak terasa banyak ilmu yang diperolehi melalui subjek ini. walaupun tugas yang diberikan. masya-Allah hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana peritnya untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Namun, saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang sampai ke minggu akhir ini.

Sungguh lepas ini sudah semestinya akan merindui semua ini. Banyak yang saya pelajari dari kosong hingga boleh tahu melakukannya sendiri tanpa bantuan orang. kalau dulu hanya mampu melihat hebatnya orang buat semua benda ni. tapi saya sendiri tidak menyangka rupanya saya sendiri sudahpun berjaya buat semua ini dengan daya sendiri dengan kreativiti sendiri. dengan kehebatan diri sendiri.

Baiklah. untuk tugasan akhir ini saya berpeluang untuk mencipta kalendar sendiri. haaa kamu semua mampu ke? hanya pelajar yang ambil subjek ini sahaja yang bertuah untuk laksanakan segala tugasan ini. Pengalaman untuk membuat kalendar ini sangat perit. bermacam2 halangan datangb menimpa . lepas satu satu yang datang hampir putus asa. Apalah perjuangan kalau tidak berusaha kan? akhirnya saya berjaya mencipta kesema kalendar mengikut bulan-bulan dari januari sehinggalah disember.

Jadi, disini saya tunjukkan hasil titik peluh saya dalam menyiapkan kalendar ini. Walaupun hasilnya tidak lah sehebat orang profesional. tapi saya bangga dengan hasil diri sendiri.














haa! inilah kalendar yang saya buat sendiri. harap segala ilmu yang diberikan terus kekal menjadi satu bakat yang mampu menghasilkan kerja yang tiptop. terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. semoga dapat bertemu lagi. 

Sunday, June 21, 2020

BBM3410Satu2020: Perbezaan Kajian Facebook dan Twitter

Assalamualaikum WBT

Tugasan buku Eh!! Media Sosial minggu ini pula adalah berkenaan perbezaan antara Facebook dan Twitter. Semua tahu kedua-dua ini adalah platform yang berbeza tetapi tujuan sama dalam media sosial yang sering digunakan dan kebanyakannya rakyat Malaysia gemar untuk membukanya. Ramai antara kita mempunyai akaun facebook dan twitter sendiri. begitu juga saya sendiri. 

Tetapi? adakah kita tahu perbezaan antara dua platform ini? disini saya kongsikan serba sedikit perbezaan antara kedua-duanya.

Twitter

1. Twitter mudah diakses oleh sesiapa golongan umur sekalipun
2. Penyampaian info yang pantas dan terkini
3. Membuat kenalan
4. Tempat menyatakan emosi dan meluahkan sesuatu perkara yang baik
5. Membantu mengurangkan percakapan tetapi banyak memperoleh maklumat

Facebook :

1.  Menggalakan perkongsian ilmu seperti pertukaran kemahiran bahasa
2. Tempat interaksi dan dialog dalam proses pembelajaran
3. Membantu guru dalam pengalam pendidikan yan dinamik
4.  Mampu meneroka pelajar dari satu kawasan yang lain
5. Platform yang kurang menakutkan pelajar sekiranya mereka terkial-kial.



Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan (Normaliza Abd Rahim,2018)

Assalamualaikum WBT

Tugasan ini pula kita cuba untyk menceritakan model iaitu keluarga. dalam penulisan buku ini, terdapat lirik lagu yang dicipta khas berkenaan keluarga. menelusuri bait-bait kata dan lirik lagu tersebut, kita boleh tahu betapa pentingnya sesebuah institusi keluarga. keluarga ini dianggotai ayah, ibu dan adik-beradik.

Menurut model yang saya lukis ini terbukti keluarga perlu ada sifat sayang menyayangi antara satu dengan yang laian. pegangan erat tangan itu pun bukti keutuhan sesebuah keluarga.


Lirik lagu

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
saya tetap berhati-hati
meenjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka




Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Peta Minda Watak Dan Perwatakan (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum WBT

Minggu ini pula mari kita belajar mengenai watak dan perwatakan. Makluman umum semua, watak ini sangat penting dalam sesebuah cerita. tanpa watak ini cerita itu tidak boleh berjalan dengan baik mengikut apa yang sudah dirancang. Minggu ini kita fahami apa watak dan perwatakan yang sering dimainkan dalam sesebuah drama ataupun filem.

Disini ada peta minda ringkasan untuk pemahaman semua.



Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Aktiviti Bab 8

Assalamualaikum WBT

Baiklah, minggu ini kita tengok npula aktiviti bab 8. Macam biasa, mengikut minggu pembelajaran teori mahupun amali akan ada bab baharu yang dipelajari dan perlu difahamkan. Disini saya sertakan aktiviti yang perlu diselesaikan pada bab 8 ini.


AKTIVITI 1: IMPAK RANGKAIAN SOSIAL



AKTIVITI 2: IMPAK PELAKSANAAN MEDIA SOSIAL 



AKTIVITI 3: TUGAS GURU, PELAJAR DAN KERAJAAN



Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 5 (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum WBT

Baiklah minggu ini pula kita teruskan dengan cerita sosial yang kelima. Kali ini cerita sosial kelima ini bertajuk jiran

Terdapat 3 nilai yang saya perolehi dari cerita sosial 5 ini:

1.Pemurah
 Alim merupakan seorang anak yang pemurah dan baik hati kerana dia sering memberikan bukunya kepada jirannya sulaiman dan sentiasa menyayangi buku-bukunya

2.Rajin
 Alim seorang anak yang rajin kerana dia sering menyusun buku-bukunya supaya kelihatan kemas dan tersusun. Sikapnya yang rajin menyusun ini membukttikan bahawa dia merupakan seorang yang rajin,tersusun dan berhemah dalam penjagaan ilmu.

3.Tidak Mudah Putus Asa
 Alim seorang anak yang tidak mudah berputus asa. Buktinya, walaupun Alim demam tetapi selepas dia sebmbuh darpada demam, dia tetap membaca kerana sikap membaca dan menerokai ilmu sudah sebati dalam dirinya





Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Animasi, Drama Dan Filem (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum SWT

ok baiklah. pada minggu ini pula kami didedahkan pula dengan tajuk baharu. seperti biasalahlah setiap minggu akan ada ilmu yang akan diberi untuk kita aplikasikan dan gunakan. walaupun pembelajaran mengikut norma baharu tidak menjadi halangan dan masalah untuk terus menuntut ilmu kata orang "menuntut ilmu sehingga ke liang lahat"

Kali ini saya terangkan apa itu animasi> apa itu drama? dan apa itu filem? semuanya sudah tertulis dinota ringkas yang saya buat untuk bacaan dan pemahaman pembaca semua.




Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia