Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Sunday, June 21, 2020

BBM3410Satu2020: Perbezaan Kajian Facebook dan Twitter

Assalamualaikum WBT

Tugasan buku Eh!! Media Sosial minggu ini pula adalah berkenaan perbezaan antara Facebook dan Twitter. Semua tahu kedua-dua ini adalah platform yang berbeza tetapi tujuan sama dalam media sosial yang sering digunakan dan kebanyakannya rakyat Malaysia gemar untuk membukanya. Ramai antara kita mempunyai akaun facebook dan twitter sendiri. begitu juga saya sendiri. 

Tetapi? adakah kita tahu perbezaan antara dua platform ini? disini saya kongsikan serba sedikit perbezaan antara kedua-duanya.

Twitter

1. Twitter mudah diakses oleh sesiapa golongan umur sekalipun
2. Penyampaian info yang pantas dan terkini
3. Membuat kenalan
4. Tempat menyatakan emosi dan meluahkan sesuatu perkara yang baik
5. Membantu mengurangkan percakapan tetapi banyak memperoleh maklumat

Facebook :

1.  Menggalakan perkongsian ilmu seperti pertukaran kemahiran bahasa
2. Tempat interaksi dan dialog dalam proses pembelajaran
3. Membantu guru dalam pengalam pendidikan yan dinamik
4.  Mampu meneroka pelajar dari satu kawasan yang lain
5. Platform yang kurang menakutkan pelajar sekiranya mereka terkial-kial.



Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan (Normaliza Abd Rahim,2018)

Assalamualaikum WBT

Tugasan ini pula kita cuba untyk menceritakan model iaitu keluarga. dalam penulisan buku ini, terdapat lirik lagu yang dicipta khas berkenaan keluarga. menelusuri bait-bait kata dan lirik lagu tersebut, kita boleh tahu betapa pentingnya sesebuah institusi keluarga. keluarga ini dianggotai ayah, ibu dan adik-beradik.

Menurut model yang saya lukis ini terbukti keluarga perlu ada sifat sayang menyayangi antara satu dengan yang laian. pegangan erat tangan itu pun bukti keutuhan sesebuah keluarga.


Lirik lagu

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
saya tetap berhati-hati
meenjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka




Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Peta Minda Watak Dan Perwatakan (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum WBT

Minggu ini pula mari kita belajar mengenai watak dan perwatakan. Makluman umum semua, watak ini sangat penting dalam sesebuah cerita. tanpa watak ini cerita itu tidak boleh berjalan dengan baik mengikut apa yang sudah dirancang. Minggu ini kita fahami apa watak dan perwatakan yang sering dimainkan dalam sesebuah drama ataupun filem.

Disini ada peta minda ringkasan untuk pemahaman semua.



Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Aktiviti Bab 8

Assalamualaikum WBT

Baiklah, minggu ini kita tengok npula aktiviti bab 8. Macam biasa, mengikut minggu pembelajaran teori mahupun amali akan ada bab baharu yang dipelajari dan perlu difahamkan. Disini saya sertakan aktiviti yang perlu diselesaikan pada bab 8 ini.


AKTIVITI 1: IMPAK RANGKAIAN SOSIAL



AKTIVITI 2: IMPAK PELAKSANAAN MEDIA SOSIAL 



AKTIVITI 3: TUGAS GURU, PELAJAR DAN KERAJAAN



Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 5 (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum WBT

Baiklah minggu ini pula kita teruskan dengan cerita sosial yang kelima. Kali ini cerita sosial kelima ini bertajuk jiran

Terdapat 3 nilai yang saya perolehi dari cerita sosial 5 ini:

1.Pemurah
 Alim merupakan seorang anak yang pemurah dan baik hati kerana dia sering memberikan bukunya kepada jirannya sulaiman dan sentiasa menyayangi buku-bukunya

2.Rajin
 Alim seorang anak yang rajin kerana dia sering menyusun buku-bukunya supaya kelihatan kemas dan tersusun. Sikapnya yang rajin menyusun ini membukttikan bahawa dia merupakan seorang yang rajin,tersusun dan berhemah dalam penjagaan ilmu.

3.Tidak Mudah Putus Asa
 Alim seorang anak yang tidak mudah berputus asa. Buktinya, walaupun Alim demam tetapi selepas dia sebmbuh darpada demam, dia tetap membaca kerana sikap membaca dan menerokai ilmu sudah sebati dalam dirinya





Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Animasi, Drama Dan Filem (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum SWT

ok baiklah. pada minggu ini pula kami didedahkan pula dengan tajuk baharu. seperti biasalahlah setiap minggu akan ada ilmu yang akan diberi untuk kita aplikasikan dan gunakan. walaupun pembelajaran mengikut norma baharu tidak menjadi halangan dan masalah untuk terus menuntut ilmu kata orang "menuntut ilmu sehingga ke liang lahat"

Kali ini saya terangkan apa itu animasi> apa itu drama? dan apa itu filem? semuanya sudah tertulis dinota ringkas yang saya buat untuk bacaan dan pemahaman pembaca semua.




Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Aktiviti Bab 7

Assalamualaikum SWT

Kali ini saya saya cuma ingin kongsikan jawapan kepada aktiviti yang dibuat daripada buku Eh!! Media Sosial. Ada 3 Aktiviti yang perlu dijawab berdasarkan buku beliau.


AKTIVITI 1: 5 IMPAK POSITIF 



AKTIVITI 2: 5 IMPAK NEGATIF



AKTIVITI 3: PENDAPAT ANDA




Rujukan :
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 4 (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamualaikum WBT

Baiklah. kali ini kita sambung pula cerita sosial yang sudah dibukukan rapi oleh Prof kesayangan saya. kali ini cerita sosial ini betajuk hati.

terdapat 3 nilai yang boleh saya perolehi daripada membaca cerita sosial ini;

1. Hormat-menghormati

2. Berdikari

3. Baik Hati

Jika anda membaca cerita yang sosial yang saya lampirkan, anda akan dapat melihat bagaimana Alim seorang anak yang sangat bagus dalam menghormati ibu bapa dan ahli keluarganya. Alim juga tahu berdikari kerana dia sudah mampu untuk memakai baju tanpa pertolongan ibunya lagi, sudah meningkat usia maka sudah meningkatlah kemandirian diri untuk berdikari. Alim juga sangat baik hati kerana setiap makanan yang dia ada,. dia akan berrkongsi bersama rakan-rakannya.






Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Asas Videografi (Normaliza Abd Rahim,2019)

Assalamulaiakum SWT

Baik, hari ini saya ingin kongsi ilmu yang saya pelajari mengenai videografi. Sepanjang PKP saya duduk dirumah ini saya belajar serba sedikit bagaiman untuk mengambil video dengan baik dan cara penyuntingan dengan baik.

saya ada membuat sedikit nota ringkas untuk pemahaman pembaca dan hasil dari ilmu dan pembacaan yang saya buat mengenai videorgafi ini.




Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: Isu Dalam Rangkaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna

Assalamualaikum WBT



Gambar diatas merupakan serba sedikit nota yang saya boleh ambil dari menkaji mengenai isu rangkaian Sosial ini. Harapnya boleh faham dan membantu pembaca semua.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 3 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Assalamualaikum WBT

Baiklah. kali ini kita sambung pula cerita sosial yang sudah dibukukan rapi oleh Prof kesayangan saya. kali ini cerita pula mengenai keluarga Alim. Tajuk cerita sosial 3 ini Keluarga Saya. Dalam cerita ini Alim lebih bercerita mengenai ibu bapanya, kakak abangnya, serta adiknya Lengkap sekeluarga! Dari cerita ini saya boleh dapat nilai yang kita boleh teladani dan contohi.

Nilai 1: Sikap Rajin
-Alim seorang yang ringan tulang rajin bekerja. apa yang diarahkan dan disuruh oleh ibubapanya terus dibuatnya tanpa membantah

Nilai 2: Suka Menolong
-Alim menolong adik bungsunya mengemas permainan yang dimain oleh adiknya setelah adiknya puas bermain dan menyepahkannya.

 Nilai 3: Kasih Sayang
-Alim amat menyayangi keluarganya sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mereka.







Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik (Normaliza Abd Rahim, 2019)

AssalamualaikumWBT

kita bertemu lagi. Hari ini minggu baharu sudah semestinya tugasan pun baharu. Kali ini saya ingin kongsikan mengenai Kepentingan Asas Grafik









Rujukan:
Normaliza Abd Rahim.(2019).Multimedia Dalam Bahasa.Selangor:Penerbit UPM

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Multimedia Sosial (Gambaran Keseluruhan)


AKTIVITI 1: KELEBIHAN MEDIA SOSIAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN



AKTIVITI 2: KELEBIHAN MEDIA SOSIAL DALAM KELAS BAHASA



AKTIVITI 3: DUA APLIKASI MEDIA SOSIAL DAN KELEMAHANNYA



Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Assalamualaikum WBT

Baik dalam posting seterusnya ini saya ingin berkongsi cerita daripada apa yang sudah saya huraikan daripada membaca cerita sosial yang terdapat dalam buku penulisan daripada Prof kesayangan saya iaitu buku Kajian Wacana. Kalau anda membaca psoting saya sebelum ini saya cuma bercerita mengenai ringkasan cerita tersebut. Hari ini saya kongsikan pula nilai yang saya dapat daripada membaca cerita tersebut.

Antara nilai yang saya perolehi dalam cerita ini adalah baik hati. hal ini boleh dibuktikan dengan sikap Alim yang sangat pemurah dan suka untuk besedekah buah-buahan kepada jirannya iaitu Sulaiman. Sikap ini perlulah dicontohi dan diteladani oleh semua masyarakat hari ini. Selain itu, Nilai kedua ialah sikap hormat-menghormati kepada golongan yang lebih tua dan berusia. Dalam cerita ini, Alim sangat sopan dan menggunakan tutur kata yang baik apabila bercakap dengan Makcik Timah sehinggakan membuatkan Makcik Timah suka akan tingkah laku dan sikap Alim tersebut. Yang terakhir, nilai yang saya boleh dapat adalah sikap tolong-menolong. Alim merupakan seorang budak yang baik kerana membantu keluarganya mengemas rumah setelah selesai makan. Alim bukan setakat mengemas dia juga membuang bekas kulit buah-buahan kedalam tong sampah. sikap positif inilah yang perlu ada pada diri kita.





Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Rule Of Thirds (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Assalamualaikum WBT.

Hai semua kembali lagi. kali ini dengan tugasan lagi. baiklah hari ini kami diberikan tugasan baharu iaitu membuka akaun facebook untuk tujuan pembelajaran. Akaun ini dibuat untuk berkongsi ilmu yang dicurahkan kepada kami dan diajar kepada orang ramai untuk menjadi panduan yang betul.

Berikut adalah posting saya mengenai tajuk yang hangat dan dikira sangat penting untuk menghasilkan sesuatu gambar yang menarik dan cantik. Semua pernah tahu, dengar kan mengenai Rule Of Thrids (ROT)? baiklah. Jom sama-sama aplikasikan ilmu ini dalam kehidupan seharian kita.








Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


BAHAGIAN A: STRATEGI KESOPANAN

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.

Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)



BAHAGIAN B: RINGKASAN CERITA SOSIAL 2

Cerita Sosial 2 ini mengisakan tentang seorang budak yang bernama Alim. Alim dibesarkan dengan penuh nilai yang baik. Hubungan Alim sekeluarga dengan jiran mereka sangat baik. Pada suatu hari, bapa Alim telah ke pasar dan membeli buah-buahan untuk dijamu sekeluarga. Alim dan adik-beradiknya sangat teruja apabila melihat aneka buah yang dibeli ayahnya. Sebelum makan, ibu Alim berpesan kepada anak-anaknya supaya membuang sampah selesai makan supaya rumah tidak kelihatan kotor dan bersepa-sepah. Tiba-tiba, Alim teringat akan jirannya dan meminta izin daripada ibunya untuk mengagihkan sedikit buah-buahan yang dibeli kepada Sulaiman. Selepas diberi keizinan, Alim mengambil buah yang sudah diasingkan dan diberikan kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal. Mak Timah melihat kebaikan yang dilakukan Alim dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Dia mendoakan supaya Alim sekeluarga diberikan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Semangat kejiranan yang baik ditunjukkan oleh keluarga ini.





Rujukan:

 Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


BAHAGIAN A: PETA MINDA TENTANG JENIS ASAS FOTOGRAFI





BAHAGIAN B: HURAIAN KEPENTINGAN RULE OF THRIDS

Rule of  Thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang.  Seperti yang sedia maklum, di dalam Rule of Thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan yang lapang dan luas. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan luas yang memenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, Rule of Thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. contohnya, gambar sesuatu objek kereta perlulah berada ditengahtengah untuk memastikan objek kereta itu dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, Rule of Thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Assalamualaikum semua.

Hari ini kami diberikanntugasan lagi untuk sesi bercerita. Maklumlah, musim cuti PKP ini otak sudah karat dah lama tak mengarang cerita. tugasan kali ini jadi lebih menarik disebabkan kami diarahkan untuk membuka akaun Twitter dan mengarang cerita pendek disana. Maaflah cerita saya ini agak kurang menarik tetapi sejujurnya cerita yang saya ceritakan diakaun twitter saya ini cerita benar dan masih segar diminda dan kepala saya. baiklah, silalah baca!

















Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

                                                                                                             (Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.


                                                                              (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



HURAIAN

Menerusi penulisan Normaliza Abd Rahim (2014) menulis merupakan agen utama dalam penulisan sesebuah karya. menulis ini dimulakan dengan langkah pertama iaitu merangka dan menjadikan cerita tersebut menarik. kebanyakan individu masa kini amat panjang akalnya, banyak pengalamannya dan bermacam perkara yang dilaluinya tetapi sukar untuk meluahkan dengan cara penulisan. hal ini kerana, mereka kurang keyakinan untuk menulis sesebuah cerita yang boleh dijadikan karya. mereka takut akan komen dan ejekan orang ramai terhadap penulisannya. sikap negatif yang tinggi dalam diri menyukarkan individu tersebut sukar untuk membuat menulisan.


selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) kebanyakan pelajar masa kini lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti. melalui aktiviti ini pelajar lebih fokus dan faham dalam proses pembelajaran bahasa, mereka juga tidak akan bosan dan terus menyalahkan belajar itu satu perkara yang tidak seronok. 




Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

PPT BAB 2: MULTIMEDIA DALAM BAHASA










Alhamdulillah, berkat redha dengan tugasan yang diberikan ProfN bagi markah penuh untuk kumpulan kami. Terima kasih Prof!!