Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

                                                                                                             (Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.


                                                                              (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



HURAIAN

Menerusi penulisan Normaliza Abd Rahim (2014) menulis merupakan agen utama dalam penulisan sesebuah karya. menulis ini dimulakan dengan langkah pertama iaitu merangka dan menjadikan cerita tersebut menarik. kebanyakan individu masa kini amat panjang akalnya, banyak pengalamannya dan bermacam perkara yang dilaluinya tetapi sukar untuk meluahkan dengan cara penulisan. hal ini kerana, mereka kurang keyakinan untuk menulis sesebuah cerita yang boleh dijadikan karya. mereka takut akan komen dan ejekan orang ramai terhadap penulisannya. sikap negatif yang tinggi dalam diri menyukarkan individu tersebut sukar untuk membuat menulisan.


selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) kebanyakan pelajar masa kini lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti. melalui aktiviti ini pelajar lebih fokus dan faham dalam proses pembelajaran bahasa, mereka juga tidak akan bosan dan terus menyalahkan belajar itu satu perkara yang tidak seronok. 




Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment