Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (Normaliza Abd Rahim, 2019)

Assalamualaikum WBT

Baik dalam posting seterusnya ini saya ingin berkongsi cerita daripada apa yang sudah saya huraikan daripada membaca cerita sosial yang terdapat dalam buku penulisan daripada Prof kesayangan saya iaitu buku Kajian Wacana. Kalau anda membaca psoting saya sebelum ini saya cuma bercerita mengenai ringkasan cerita tersebut. Hari ini saya kongsikan pula nilai yang saya dapat daripada membaca cerita tersebut.

Antara nilai yang saya perolehi dalam cerita ini adalah baik hati. hal ini boleh dibuktikan dengan sikap Alim yang sangat pemurah dan suka untuk besedekah buah-buahan kepada jirannya iaitu Sulaiman. Sikap ini perlulah dicontohi dan diteladani oleh semua masyarakat hari ini. Selain itu, Nilai kedua ialah sikap hormat-menghormati kepada golongan yang lebih tua dan berusia. Dalam cerita ini, Alim sangat sopan dan menggunakan tutur kata yang baik apabila bercakap dengan Makcik Timah sehinggakan membuatkan Makcik Timah suka akan tingkah laku dan sikap Alim tersebut. Yang terakhir, nilai yang saya boleh dapat adalah sikap tolong-menolong. Alim merupakan seorang budak yang baik kerana membantu keluarganya mengemas rumah setelah selesai makan. Alim bukan setakat mengemas dia juga membuang bekas kulit buah-buahan kedalam tong sampah. sikap positif inilah yang perlu ada pada diri kita.





Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment