Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Assalamualaikum w.b.t bertemu kembali kita dalam penulisan kali ini.

Untk penulisan kali ini, saya akan menceritakan pula mengenai tugasan pertama yang perlu dilaksanakan oleh Lengang Kangkung Production. Kami telah pun diarahkan oleh Prof Dr. Normaliza untuk datang ke kelas kuliah hari ini dengan membawa peralatan yang sudahpun dibincangkan pada minggu lepas. kami diarahkan untuk mencari dan menyediakan bahan-bahan yang perlu dibawa dan ada bersama untuk menyiapkan tugasan pertama ini.

Antara senarai bahan yang diperlukan adalah;

1. Mounting Board bersaiz A4 dan berwarna hitam (6keping)
2. Majalah terpakai ataupun majalah terbuang yang kertasnya wajib bersifat gloosy
3. Pisau ataupun gunting
4. Gam UHU stick
5. Ribbon bersaiz 1/2 meter dan suku inci lebar

Kesemua bahan ini perlu ada dan sebenarnya bersesuaian dengan tajuk yang kami belajar pada minggu ini iaitu berkenaan Asas Grafik. Kami diarahkan untuk mencipta satu "buku srap" yang berkaitan dengan elemen asa grafik dan kepentingan asas grafik.  Selepas diarahkan untuk mulakan tugasan, perkara pertama yang ketua kumpulan kami lakukan iaitu Saudara Izzat adalah dengan bembahagikan tugas-tugas mengikut kesesuaian anggota dan masa yang ditetapkan. Syukur Alhamdullah, dengan usaha baik dan kerjasama satu pasukan kami berjaya untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan baik dan cantik.

Disini saya sertakan gambar sebagai kenangan untuk kami satu pasukan bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Saya sunnguh teruja kerana kami berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik dan semoga mendapat keputusan yang baik dalam subjek ini.



No comments:

Post a Comment