Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Assalamualaikum w.b.t bertemu kembali kita dalam penulisan kali ini.

Baik, hari ini saya cuba untuk meceritakan aktiviti yang dijalankan sepanjang 2jam kuliah bersama Prof. Dr Normaliza. Untuk makluman awal, kami telah pun diberikan tugasan awal semasa minggu pertama kuliah bersama Prof iaitu membaca sikit penulisan di dalam buku yang ditulis sendiri oleh Prof di dalam buku nya bertajuk "Multimedia dalam bahasa" dan fokus tajuknya adalah mengenai asas grafik. kami semua diarahkan untuk membaca dan memahamkan apa yang ingin diajarnya pada kelas hari ini. Sebelum terlupa, blanket test ini mempunyai markah yang akan diberikan kepada pelajar yang boleh menjawab soalan yang dikemukan. Bukan itu sahaja, apabila setiap seorang daripada ahli kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan betul, maka semua ahli dalam kumpulan akan diberikan markah yang sama tetapi soalan yang dikemukan haruslah orang yang berlainan menjawabnya. Bukan apa, dengan cara inilah setiap orang boleh menonjolkan diri dan meningkatkan keyakinan diri.

Syukur Alhamdulillah. rezeki berpihak kepada kumpulan saya iaitu kumpulan Lenggang Kangkung Production yang telah berjaya mendapat markah yang paling tinggi kerana dapat menjawab 4 soalan daripada Prof dengan tepat dan betul. Antara soalan yang dikemukakan adalah;

Soalan 1 : 
Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan dalam sesebuah asas grafik?

Jawapan
:Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video dimana ruang bermaksud pembahagian kiri dan kanan dalam sesebuah foto dan sama berat pemberatannya dalam sesebuagrafik

Soalan 2 : 
Muka surat berapa judul Rule of thirds?

Jawapan:
80

Soalan 3 :
Rujuk gambar, apakah asas grafik yang ada pada gambar?

Jawapan:
Warna

Soalan 4: 
Berdasarkan gambar, apakah asas grafik yang terlibat?

Jawapan: 
Keseimbangan

Soalan yang diberikan kepada kami dalam blanket test ini nampak sahaja mudah namun akan menjadi sukar jika tidak menghayati dengan baik-baik elemn yang ada pada asas grafik. Untuk makluman semua, elemen yang terdapat dalam asas grafik hanyalah lima iaitu muda,warna,teks,keseimbangan dan juga kesesuaian. Elemen-elemen ini perlu ada bagi menghasilkan grafik yang baik dan mempunyai nilai estetika.

Semoga dengan adanya blanket test ini lagi markah kumpulan terus diberikan kepada kumpulan saya untuk mendapat keputusan yang baik dalam subjek ini. saya juga turut merasakan blanket test ini wajar dilakukan setiap kali untuk memberikan fokus dan agar kami bersedia dengan ilmu terlebih dahulu sebelum kuliah dimulakan pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment