Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik;

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Antara kesemua perkara yang disenaraikan ini, sememangnya tepat dan betul sekali. hal ini kerana, penulisan blog ini sebenarnya satu medan ilmu yang perlu kita kuasai dan perlu digunakan dalam era pemodenan masa kini terutamanya dalam bidang pendidikan. kebanyakan penulis suka untuk berkongsi pendapat dan penulisan mengenai sesuatu ilmu di medan yang salah.

Blog inilah yang perlu dikenalkan kepada masyrakat untuk lebih tahu platform yang betul. apabila bercerita mengenai blog, tajuk merupakan perisai utama dalam menarik minat pembaca. contoh mudah, tajuk yang mudah difahami dan menepati kesesuaian untuk pengetahuan pembaca menjadi salah satu faktor utama kepada pembaca untuk mebuka blog tersebut. Susunan ayat yang baik dan teratur serta memasukkan unsur humor didalam penulisan mudah untuk pembaca faham dan tertarik untuk terus membaca. Moral dan nilai estetika juga penting untuk menjaga hati pembaca agar tidak timbul isu-isu sensitiviti yang boleh memecahkan perkauman dan sebagainya. bercerita mengenai isu, dalam penulisan blog ini juga boleh diceritakan isu-isu Malaysia baharu yang semakin hangat dari semasa kesemasa. Tuntasnya, penulisan blog ini memerlukan ilmu yang banyak untuk didedahkan kepada masyarakat luar untuk penambahan dan pengetahuan ilmu dalam diri.


Rujukan:
 Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan     Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

 Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment