Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

    Alim seorang budak yang manja. Alim merupakan anak kesayangan ibu dan bapanya. Alim sudah lama tidak pulang ke kampung. Pada hari ini dia begitu teruja kerana mereka pulang ke kampung. Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk. Keempat-empat neneknya tinggal di tempat yang berbeza. Alim pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang.Setibanya dikampung, alim begitu teruja untuk bermain bersama ayam dan itik ternakan datuknya dikampung namun perasaan itu bertukar menjadi sedih apabila dia melihat ayam dan itik tiada. Nenek dan datuknya berlari mendapatkanya dan menanyakan kenapa dia menangis. Rupanya, dia menangis kerana reban ayam dan itik neneknya tidak mempunyai ayam dan itik sedangkan datuknya sudah membuat reban baharu berdekatan dengan tempat tersebut. Alim kembali tersenyum apabila melihat ayam dan itik ada ditempat tersebut. Setelah puas melihat ayam dan itik, alim pun masuk ke dalam rumah. Alim terdiam dan keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuknya berlainan dari biasa. Alim menangis lagi, nenek cuba untyk memujuknya dengan menceritakan perabot yang ada di rumah neneknya. Alim mula selesa dan gembira seperti sediakala, dia makan bersama keluarganya dan melihat televisyen bersama-sama.

Rujukan:
 Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment