Friday, March 13, 2020

BBM3410Satu2020: Manfaat Penggunaan Instagram

Rumusan tentang maanfaat penggunaan Instagram (Bab 4) :

1) Instagram membantu para pengguna dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun instagram mereka. Hal ini akan membolehkan para pengguna memahami mesej yang disampaikan melalui cerita pendek dan menimbulkan keterujaan dalam diri pengguna untuk mencuba menggunakannya di laman instagram mereka sendiri.

2) Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna instagram lain. Contohnya, perkongsian video berkenaan cara memasak, kemahiran menyunting video dan sebagainya.

3) Kajian menunjukkan bahawa pengguna instagram mempelajari kemahiran baharu di cerita pendek Instagram. Hasil kajian mirip kajian yang dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) dimana Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Juga kajian yang hampir sama denga kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) dimana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baru dan berkongsi pengetahuan mereka.

4) Membantu bakal pengajar dan penggunaan cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif.

5) Bagi para pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu

6) Para pengajar boleh membenarkan pelajar menggunakan teknologi baharu dalam berkongsi pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta aura positif dalam video.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Rumusan Kajian Tentang Penulisan Blog

BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi seperti jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk.blog juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemaskini oleh pentadbirnya.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Blog dalam genre kesusasteraan adalah seperti menulis puisi, cerpen, skrip drama, sajak dan pantun. kebanyakannya akan dizahirkan dan dicoretkan terus ke dalam blog ini. Manakala, blog dalam pembelajaran bahasa. kebanyakan penulis blog akan menggunakan medium blog ini sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga pemikiran kritis daripada blog. Akhir, blog dalam pembelajaran teknologi. Penulisan blog membantu dalam pembelajaran teknologi. Kebanyakkannya mereka menyukai video, audio, dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Menulis blog juga boleh memotivasikan diri untuk mencuba benda yang baharu di dalam blog.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa blog membantu untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. kajian ini melibatkan penganjar untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.


GRAF BLOG DALAM PENGAJIAN KESUSASTERAAN


GRAF BLOG DALAM PEMBELAJARAN BAHASA



GRAF BLOG DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan 'Keluarga'

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak

[1] Keluarga


Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu hapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Aliff seorang anak yang sangat mulia dan baik. Dia selalu hormat dan taat akan perintah ibu dan bapanya. Setiap hari, sudah menjadi rutin bagi Aliff untuk menolong ibu bapanya. Pada waktu pagi di hujung minggu, Dia sentiasa membantu ibunya mengemas rumah dan bercucuk tanan bersama bapanya. Pada waktu malam pula, Dia akan menolong ibunya untuk menyiapkan makan malam. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa semua kerja itu membebankan bagi dirinya. Aliff suka menolong keluarga kerana ingin meringankan beban ibu bapanya. Aliff sangat meyayangi keluarganya dan berhati-hati dalam setiap tindakannya. Dia seorang budak yang sentiasa menjaga adab dan budi pekertinya supaya nama baik keluarganya dihormati. Dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang memalukan ibu bapanya. Alif sentiasa ingat pesan ibunya supaya menjaga adab bercakap dengan orang, menghormati orang tua dan menjaga perilaku. Aliff disenangi oleh keluarga dan orang sekelilingnya kerana kelakuannya yang baik. Aliff juga ingin berbakti kepada ibu bapanya. Bagi Aliff, keluarga adalah segala-galanya. Abang, kakak, adik dan saudaranya ibarat tali yang dijadikan tempat bergantung buat Aliff. Mereka sentiasa ada bersamanya ketika senang dan susah. Ketika sakit, ditimpa kemalangan dan dalam keadaan susah, keluargalah tempat kebergantungannya. Keluarga menjadi keutamaannya kerana mereka sentiasa ada ketika memerlukan. Aliff sangat menyayangi ahli keluarganya.