Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


BAHAGIAN A: PETA MINDA TENTANG JENIS ASAS FOTOGRAFI





BAHAGIAN B: HURAIAN KEPENTINGAN RULE OF THRIDS

Rule of  Thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang.  Seperti yang sedia maklum, di dalam Rule of Thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan yang lapang dan luas. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan luas yang memenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, Rule of Thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. contohnya, gambar sesuatu objek kereta perlulah berada ditengahtengah untuk memastikan objek kereta itu dapat dilihat dengan jelas. Oleh itu, Rule of Thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia


No comments:

Post a Comment