Friday, March 13, 2020

BBM3410Satu2020: Manfaat Penggunaan Instagram

Rumusan tentang maanfaat penggunaan Instagram (Bab 4) :

1) Instagram membantu para pengguna dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun instagram mereka. Hal ini akan membolehkan para pengguna memahami mesej yang disampaikan melalui cerita pendek dan menimbulkan keterujaan dalam diri pengguna untuk mencuba menggunakannya di laman instagram mereka sendiri.

2) Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna instagram lain. Contohnya, perkongsian video berkenaan cara memasak, kemahiran menyunting video dan sebagainya.

3) Kajian menunjukkan bahawa pengguna instagram mempelajari kemahiran baharu di cerita pendek Instagram. Hasil kajian mirip kajian yang dijalankan oleh Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) dimana Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Juga kajian yang hampir sama denga kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) dimana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baru dan berkongsi pengetahuan mereka.

4) Membantu bakal pengajar dan penggunaan cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif.

5) Bagi para pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu

6) Para pengajar boleh membenarkan pelajar menggunakan teknologi baharu dalam berkongsi pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta aura positif dalam video.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Rumusan Kajian Tentang Penulisan Blog

BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi seperti jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk.blog juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemaskini oleh pentadbirnya.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Blog dalam genre kesusasteraan adalah seperti menulis puisi, cerpen, skrip drama, sajak dan pantun. kebanyakannya akan dizahirkan dan dicoretkan terus ke dalam blog ini. Manakala, blog dalam pembelajaran bahasa. kebanyakan penulis blog akan menggunakan medium blog ini sebagai alat dalam pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga pemikiran kritis daripada blog. Akhir, blog dalam pembelajaran teknologi. Penulisan blog membantu dalam pembelajaran teknologi. Kebanyakkannya mereka menyukai video, audio, dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Menulis blog juga boleh memotivasikan diri untuk mencuba benda yang baharu di dalam blog.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa blog membantu untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. kajian ini melibatkan penganjar untuk mempertimbangkan penulisan blog sebagai alat dalam pembelajaran bahasa kedua.


GRAF BLOG DALAM PENGAJIAN KESUSASTERAAN


GRAF BLOG DALAM PEMBELAJARAN BAHASA



GRAF BLOG DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: Model Penceritaan 'Keluarga'

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak

[1] Keluarga


Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu hapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Aliff seorang anak yang sangat mulia dan baik. Dia selalu hormat dan taat akan perintah ibu dan bapanya. Setiap hari, sudah menjadi rutin bagi Aliff untuk menolong ibu bapanya. Pada waktu pagi di hujung minggu, Dia sentiasa membantu ibunya mengemas rumah dan bercucuk tanan bersama bapanya. Pada waktu malam pula, Dia akan menolong ibunya untuk menyiapkan makan malam. Tidak pernah terlintas difikirannya bahawa semua kerja itu membebankan bagi dirinya. Aliff suka menolong keluarga kerana ingin meringankan beban ibu bapanya. Aliff sangat meyayangi keluarganya dan berhati-hati dalam setiap tindakannya. Dia seorang budak yang sentiasa menjaga adab dan budi pekertinya supaya nama baik keluarganya dihormati. Dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang memalukan ibu bapanya. Alif sentiasa ingat pesan ibunya supaya menjaga adab bercakap dengan orang, menghormati orang tua dan menjaga perilaku. Aliff disenangi oleh keluarga dan orang sekelilingnya kerana kelakuannya yang baik. Aliff juga ingin berbakti kepada ibu bapanya. Bagi Aliff, keluarga adalah segala-galanya. Abang, kakak, adik dan saudaranya ibarat tali yang dijadikan tempat bergantung buat Aliff. Mereka sentiasa ada bersamanya ketika senang dan susah. Ketika sakit, ditimpa kemalangan dan dalam keadaan susah, keluargalah tempat kebergantungannya. Keluarga menjadi keutamaannya kerana mereka sentiasa ada ketika memerlukan. Aliff sangat menyayangi ahli keluarganya.


Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Akhirnya hasil daripada tugasan asas grafik yang diberikan minggu lalu sudahpun mendapat markah dan pijian yang baik. berdasarkan tugasan yang kami lakukan ini kebanykannya hasilnya dari titikpeluh kami sekumpulan yang berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini. Baik saya tunjukkan hasil yang kami lakukan bersama-sama ini.


Ini merupakan halaman hadapan muka buku yang dihasilkan oleh kami. kami menamakan kumpulann kami Lenggang kangkung Production.



disini kita boleh lihat sendiri bagaimana gambar ini kita boleh kategorikan sebagai mudah kerana gambar ini mudah untuk didefinisikan dan difahami sama ada dalam bentuk foto atau video.



Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam gambaran dalam bentuk foto mahupun video. Grafik yang baik haruslah mengandungi tidak lebih dari 3 warna. Namun sesuatu boleh lebih dari 3 namun objektif dan mesej yang disampaikan haruslah sampai. Ada juga grafik yang hanya ada satu warna namun terpulang pada motifnya





Teks juga merujuk kepada jenis dan saiz fony yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira sebagai pemahaman teks. Aspek ini perlu diteliti supaya mesej dapat disampaikan dengan baik.



Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada latar berkaitan seperti latar tempat, masa dan watak dalam grafik atau video




Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang dimaksudkan ialah kiri,kanan, atas dan juga bawah. Namun seimbang juga diterima apabila grafik itu mampu disampaikan dengan baik.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Minggu ketiga kami didedahkan lagi dengan ilmu baharu yang sangat memain peranan dalam menjadi seorang fotografi. Untyk makluman semua, minggu ini kami diajar pelbagai jenis shoot yang perlu dipelajari dan digunapakai dalam mengambil gambar. Baik, berikut merupakan contoh asas fotografi dan jenis shoot yang kami pelajari hari ini;

1. Long shot
Gambar long shot adalah gambar jarak jauh dari kamera atau video. Gambar tersebut haruslah jelas kelihatan dengan gambar keseluruhannya.


                                      
                                    Asas Fotografi Long Shot manusia dan pemandangan



                                         Asas Fotografi Long Shot pemandangan sahaja


2. Medium shot
Gambar yang diambil medium shot adalah jarak yang hampir dengan kamera atau video. Wajah seseorang dalam medium shot haruslah menyerlah berbanding long shot.





                                               Asas Fotografi Medium shot pemandangan



                                     Asas Fotografi Medium shot manusia dan pemandangan


3. Portrait
Gambar atau foto yang diambil haruslah berfokus dalam jarak yang dekat. Ianya akan lebih jelas kelihatan jika diambil di dalam studio



                   
                                                      Asas Fotografi Portrait seluruh badan



                                                    Asas Fotografi Portrait bahagian muka



4. Close-up
Fokus utama close-up adalah untuk menampakkan muka seseorang dengan lebih jelas



                                                         Asas Fotografi Close-up tumbuhan



                                                   Asas Fotografi Close-up bahgian wajah


 5.Mug shot
Tujuan mug shot diambil adalah untuk memfokuskan bahagian muka. Raut wajah dan dan cara terperinci individu tersebut adalah fokus utama mug shot.


                                                     Asas Fotografi Mug Shot Thalhah


                                                    Asas Fotografi Mug Shot AdilaRiza


                                                    Asas Fotografi Mug Shot Izzat Aidil


                                                     Asas Fotografi Mug Shot Sabrina

 
                                                    Asas Fotografi Mug Shot Azmil


                                                  Asas Fotografi Mug Shot Nurnina Yusrina


                                                     Asas Fotografi Mug Shot Wais 

                                 
                                                     Asas Fotografi Mug Shot Suriyati


                                                   Asas Fotografi Mug Shot Syahrudin


                                                     Asas Fotografi Mug Shot Niezaeshra

Sunday, February 23, 2020

BBM3410Satu2020: Keluargaku


Ini kisah keluargaku. Dedikasi khas buat mu kedua orang tuaku. Seorang yang kuat membanting enpat kerat tulangnya untuk memastikan anaknya ini serba serbi lengkap. Nama diberi Jamil Bin Baha berketurunan Kedayan. Dahulunya bekerja sebagai Kerani dan Setiausaha dalam pejabat di sebuah stesen radio iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM). sekarang sudahpun bersara dan sepenuhnya duduk dirumah membantu ibu menjual kuih-kuihan untuk kelangsungan dan pendapatan harian.

Ibu saya seorang yang tabah dalam apa jua masalah dan halangan yang dihadapi. Seorang suri rumah tetap tetapi rajin membantu dalam mengajar al-quran dan fardhu ain di kampung-kampung dan kawasan yang terdekat. Ibu saya juga merupakan wanita yang hebat kerana sungguhpun sudah berusia tetapi tetap bersama-sama ayah untuk menjual kuih dan mencari pendapatan bersama. Nama ibu saya Fatimah Binti Abd Hamid berketurunan Brunei. Kedua-dua insan ini merupakan tulang belakang ku dan syurgaku. Semoga terus diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan pintu rezeki.

Ini kisah adik beradik. Saya hanya mempunyai 2orang adik-beradik. Saya merupakan anak bongsu dan mempunyai seorang abang yang bertanggungjawab dan prihatin. Abang saya masih lagi pelajar dan menuntut pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Islam Madinah, Al-Munawwarah. Abang saya merupakan seorang yang sangat prihatin dalam apa jua situasi keluarga walaupun beliau jauh di tanah arab. Abang saya mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya dari kerajaan Arab Saudi untuk pengajian nya disana. Nama abang saya Mohammad Ikram Bin Jamil. Beliau berusia 25 tahun.Banyak sumbangan dan jasanya yang diperjuangakan untuk keluarga dan satu hari saya juga akan menjadi sepertinya. Inilah keluarga kecil saya. Saya sayang keluarga saya!

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2



Cerita Sosial 2 ini mengisakan tentang seorang budak yang bernama Alim. Alim dibesarkan dengan penuh nilai yang baik. Hubungan Alim sekeluarga dengan jiran mereka sangat baik. Pada suatu hari, bapa Alim telah ke pasar dan membeli buah-buahan untuk dijamu sekeluarga. Alim dan adik-beradiknya sangat teruja apabila melihat aneka buah yang dibeli ayahnya. Sebelum makan, ibu Alim berpesan kepada anak-anaknya supaya membuang sampah selesai makan supaya rumah tidak kelihatan kotor dan bersepa-sepah. Tiba-tiba, Alim teringat akan jirannya dan meminta izin daripada ibunya untuk mengagihkan sedikit buah-buahan yang dibeli kepada Sulaiman. Selepas diberi keizinan, Alim mengambil buah yang sudah diasingkan dan diberikan kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal. Mak Timah melihat kebaikan yang dilakukan Alim dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Dia mendoakan supaya Alim sekeluarga diberikan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Semangat kejiranan yang baik ditunjukkan oleh keluarga ini.


Rujukan:
 Normaliza Abd Rahim (2014). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu